assalamualaikum.
nama saya Busyra binti Mahmud boleh panggil Busyra. berumur 20 tahun dan kini belajar di UPSI dalam bidang ijazah sarjana muda pendidikan islam. Hari ini saya ingin bercerita mengenai cita-cita saya daripada kecil yang ingin menjadi seorang guru. keinginan ini timbul sewaktu berada di tingkatan 2 yang mana pada waktu itu abang saya mendapat tawaran masuk ke universiti pendidikan sultan idris dan saya mengikutinya semasa menghantarnya ke universiti tersebut. pada awal menjejakkan kaki di universiti tersebut, saya sangat teruja dan terus bertanya kepada abang saya mengenai universiti tersebut. saya masih ingat kata-kata abang sa.. "kalau hang nak jadi cikgu.. hang boleh blaja sini.. dan dari situ saya berazam di dalam hati bahawa satu hari nanti saya akan menjejakkan kaki di universiti tersebut dan dapat belajar disitu.
Adakah anda ingin mengetahui kisah saya lagi? ikuti update seterusnya.. ;p

No comments:
Post a Comment