Tuesday, 16 May 2017

perjalananku akan datang bagaimana?


 
sis risauuu




assalamualaikum...
harini saya hendak cerita mengenai apa yang paling saya takutkan apabila saya bergelar graduan upsi.. hermm..
Pada mulanya, saya seorang yang sangat yakin untuk mencapai dan mengejar cita-cita saya untuk menjadi seorang guru yang cemerlang. Oleh itu, UPSI adalah pilihan yang mana saya ingin belajar cara-cara menjadi guru yang hebat. Tetapi,  pada suatu hari yang mana hari saya dihantar ke UPSI ini, abang saya telah memberi pesanan ringkas kepada saya sebelum masuk yang mana saya harus mengubah sikap saya untuk sentiasa mengetahui info semasa dan sentiasa mengetahui perkembangan atau masalah yang ada di Malaysia. Saya juga diminta untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan yang sedia ada untuk menjadi seorang guru yang bagus. Sejujurnya, saya bukan seorang yang suka mengetahui info semasa dan banyak masalah Negara yang saya kurang berpengetahuan tentangnya. Seperti yang kita sedia maklum, pelajar zaman sekarang sangat pintar dalam pelajaran dan adakalanya lebih banyak pengetahuan dari guru-gurunya.  Jadi , Perkara yang paling saya takutkan untuk bergelar sebagai graduan UPSI atau bakal guru kelak ialah saya takut untuk berhadapan dengan pelajar pada era akan datang yang mana pelajarnya yang hebat dan saya takut mereka lebih hebat daripada saya dari segi  pengetahuan semasa. Saya takut tidak dapat menjawab setiap pertanyaan mereka. Saya juga takut tidak dapat menjadi guru yang kagumi. Saya juga takut mereka tidak hormat saya sebagai guru. 
Allahu..
saya harap saya dapat lalui dengan apa yang saya takutkan ini dengan baik..
semoga sahabat semua dioakan saya.. aminn 
sekian daripada saya!
#harapanseorangsyra

pemandangan indah di UPSI


assalamualaikum..

korang nak tau satu benda tak yang mana upsi ni permandangannya sangat cantik.. sebelum saya masuk sini.. saya cuma dengar khabar angin sahaja. tapi bila datang sendiri melihat kampus baru ni.. cantik sangat.. dulu waktu kecik kecik datang .. pergi kampus lama saja.. huhu.. part paling best di sini ialah kawasannya yang berdekatan dengan kawasan hijau dan banjaran . pagi2 atau lepas hujan, seriously cantik sgt . rasa tenang bila dapat lihat.rase nak panjat ke atas sana pon ada. hehe
selain tu, banyak juga kawasan air terjun sekitar  yang boleh dijadikan tempat rekreasi, camping dan sebagainya. klu shopping mall. maaf tde di sini :'D 


maaf hari ni busy sikit..cuma nak cakap pasal kat upsi ni cantik sahaja. hahha
itu sahaja daripada saya.. terima kasihh

#harapanseorangsyra

kawan baru (sahabat)


assalamualaikum sahabat sekalian..

hari ni saya nak cerita tentang sahabat pula ye.. bak kata orang.. kalau kita pergi tempat bari mestilah jumpa kawan baru kan.. kami daripada tempat yang berlainan tapi datang ke sini mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin menjadi guru yang hebat dan berjaya. inshaallah .. one fine day..! yeyy .. hahhah hermm disini saya tinggalkan hadis berkaitan sahabat ye..

“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak.” (Riwayat Abu Daud)

jadi.. kita mestilah mencari sahabat yang baik untuk menjadi seorang yang baik.. saya sudah.. anda bila lagi.. hahahha 

bye...

#harapanseorangsyra

temuduga

 
abang dan kakak yang bersama ke upsi sewaktu temuduga

Assalamualaikum

okey kita buat sambungan kepada cerita pertama tadi ya.. bila saya dah habis STAM.. saya mohon lah upsi.. Alhamdulillah.. dapat.. tapi.. sebelum dapat tu kami ada temuduga dulu.. okey hari ni saya cerita pengalaman saya bertemuduga di upsi yang mana saya dapat tawaran dalam kos ijazah sarjana muda pendidikan islam dan pendidikan awal anak kanak. awak tak tahu betapa berdebarnya saya.. dah lah tak pandai temuduga-temuduga bagai ni. hahhah

hari yang dinantikan..
abang saya ambil saya pada jam 6 pagi di shah alam. herm.. saya lupa nak cerita.. pada waktu berkenaan saya sudah belajar di shah alam di universiti al madinah dalam bidang dakwah usuluddin.. hal ini kerana saya tak dapat upsi sewaktu permohonan pertama. tapi kerana tekad saya dan impian saya tak pernah mati.. semasa saya belajar di MEDIU.. saya mohon juga UPSI untuk intake kedua.. tu yang dapat tu.. hihi.. okey kita sambung cerita..

kami bertolak pada jam 6 lebih sebab saya terlewat bangun.. ya Allah korang tak tahu betapa berdebarnya time tu.. dah la temuduga start pukol 8 30 .. dengan jalan sesaknya.. herm.. tak tahu dah sampai pukol berapa time.. pagi tu.. dapat la tazkirah sikit daripada abang.. jangan tidur lambat semua tu lah.. hermm.. bertabahlah hati.
sampai di UPSI pada jam 9 pagi.. waktu tu kalut la lagi ke bangunan tu takut terlepas iv.. hahhah lawak la bila ingat balik.. tapi dah sampai tu.. tak sangka pulak tak start lagi dan saya sampai tu baru nak start rupanya.. hashtag saya lega.. hahah tapi saya sampai terus kena tulis nama dan masuk.

sesi pertama saya kena masuk 2 orang .. aduh.. dan dan pulak dapat lagi.. segan la aku beb tak dapat jawab. hahhah btw. sis redha.. soalan pertama orang yang menemuduga tu tanya ialah "sebagai guru.. apakah yang kami lakukan kepada murid yang menghadapi masalah" beliau meminta saya dan budak sekali kena temuduga dengan saya tu.. eh jap saya panggil dia budak A lah ye.. saya dan budak A dikehendaki berbincang mengenai pelajar tersebut dan cara menyelesaikan masalah tersebut..
kami pun bincang la kuat-kuat ala-ala tengah mesyuarat gitu.. hihi
dah siap tu.. dia suruh kami perkenalkan diri dalam bahasa english. aku pon tibai jelah.. hancur sikit la bi aku.. sebab tak mahir kan.. lepas tu depa tanya lagi apa jawatan kami kat sekolah dulu.. pernah jadi ketua tak .. hermm .. benda-benda gitu la.. btw satu je aku nak bagitau korang.. confident tu penting dik.. walaupon ko cakap mengarut bi tu.. bincang tu.. hahhah.

habis sesi pertama ni aku pon jumpa la abang aku balik.. cerita lah benda yang dia tanya tadi sambil makan cee.. hahhah

kita teruskan dengan sisi kedua pulak.. sesi kedua pukol 10. aku jumpa balik budak-budak pagi tadi tuh.. waktu nak tunggu giliran. yang takleh blanya.. depa masuk .. bila dah kluar.. "susah giler soalan" mana tak seramnya aku.. hahhah saba jelah dengan mereka ni. lama tunggu akhirnya turn aku.. masuklah si busyra ni.. ada 2 orang ustaz dalam tu. awal masuk terus cakap arab.. ternganga jap aku.. pastu dia gelak dia cakap melayu balik. hahhah.. first sekali dia suruh aku baca Alquran.. dah siap baca Al quran ustaz tersebut tanya pasal hukum tajwid dalam ayat yang dibaca tu.. alhamdulillah la dapat jawab kan.. pastu kena pekenalkan diri dalam bahasa arab. pastu dia ada lah suruh baca satu ayat ni pastu translat dalam bahasa melayu.. akhir sekali kena cari مبتداء خبر
dalam satu ayat tu mcam tulah..

selesai je sesi kedua.. aku dan abang aku ke masjid.. eh lupa nak bagitau.. akak aku pon ada sekali sebab dia belajar situ. kami pon solat zohor.

sesi ketiga pulak pada pukol 2.. yang ni paling senang lah.. kami kena tulis karangan dalam bahasa arab. tak ingat lah berapa patah perkataan .. hihi. ada 4 tajuk .. kena pilih salah satu tajuk yang nak dan kita buat karangan tentang tajuk tu..ujian ini dijalankan selama 2 jam.. kami pulang pada pukol 4 petang..

itu saja daripada saja untuk pos kali ini.. jumpa lagi akan datang .. bye sahabat seperjuangan sekalian.. kalau nak tanya pape pasal nak masuk upsi.. tanya saja miss busyra.. hehheh

#harapanseorangsyra

cita-cita aku

assalamualaikum.

nama saya Busyra binti Mahmud boleh panggil Busyra. berumur 20 tahun dan kini belajar di UPSI dalam bidang ijazah sarjana muda pendidikan islam. Hari ini saya ingin bercerita mengenai cita-cita saya daripada kecil yang ingin menjadi seorang guru. keinginan ini timbul sewaktu berada di tingkatan 2 yang mana pada waktu itu abang saya mendapat tawaran masuk ke universiti pendidikan sultan idris dan saya mengikutinya semasa menghantarnya ke universiti tersebut. pada awal menjejakkan kaki di universiti tersebut, saya sangat teruja dan terus bertanya kepada abang saya mengenai universiti tersebut. saya masih ingat kata-kata abang sa.. "kalau hang nak jadi cikgu.. hang boleh blaja sini..  dan dari situ saya berazam di dalam hati bahawa satu hari nanti saya akan menjejakkan kaki di universiti tersebut dan dapat belajar disitu. 

Adakah anda ingin mengetahui kisah saya lagi? ikuti update seterusnya.. ;p 











 

perjalananku akan datang bagaimana?

  sis risauuu assalamualaikum... harini saya hendak cerita mengenai apa yang paling saya takutkan apabila saya bergelar graduan u...